Nadi X Esukan: Pengenalan E-Sukan – Daripada Hobi Kepada Program Kompetitif Berstruktur
10 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 09 Januari 2026 bersamaan hari Jumaat, Kelas LMS Pengenalan e-Sukan telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep sebenar e-sukan, membetulkan salah faham tentang e-sukan serta memperkenalkan e-sukan sebagai satu bidang yang berstruktur, berdisiplin dan mempunyai hala tuju yang jelas melalui program NADI e-sukan.
Aktiviti Utama:
1. Definisi e-Sukan
2. Salah Faham Terhadap e-Sukan
3. Casual Gaming & Competitive eSports
4. Kepentingan Disiplin
5. Struktur Program NADI e-Sukan
6. Tanggungjawab Peserta
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami e-sukan secara lebih jelas, menyedari bahawa e-sukan bukan sekadar hiburan semata-mata serta mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka sebagai peserta dalam program e-sukan yang tersusun dan berdisiplin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: